Daisypath Wedding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 18, 2010

Aku move to blog lama

Wuiiii...

Aku pohon maaf sangat sangat

Sayang betul aku nak tinggal blog lama

So tadi aku bukak blog lama dan tentiba rasa sedih...huhu

Aku move to blog lama yang meniggalkan banyak kenangan

Akaun baru nie nuffnang aku punya tak naik glitterai..aku pun tak tau napa

Dan akaun lama plak akaun nuffnang aku dah RM 9.75

Sayangnya nak delete..sungguh sayang...aduiii

Mrs Fahmi to be =>

videoman

Aku tengah fenin nie...

Bantulah aku,cewahhh

Aku teringin sangat nak ada videoman on my big day nanti

Aku dah survey dari sepupu aku dan dia cakap harga untuk 2 days shoot adalah RM 500

Bila tanya hubby dia cakap tak payah macam membazir

Then aku roger plak si dela selaku official photog aku!dia cakap PERLU ada videoman dan dia cakap sangat murah rm 500 tue...

Bila difikir fikir balik rasa...ish...nak ke tak,nak ke tak?konpius...

Aku ada gak dok pujuk hubby dan dia cakap membazir plak..tapi dalam membazir tue aku cakap la suruh dia bagi rm 200,dia on aja..so aku kena tambah lagi rm 300..ish....kene keja keras nie.memang berazam nak wat part time di melaka nanti.

Kalau korang la,ok tak rm 500 untuk videoman?dan rm 700 untuk photog?uishhh..kos yang amat dahsyat tinggi!

Mrs Fahmi to be =>

Bohsan Giler

Sejak sejak blog lama aku di sabotaj...hilang mood nak berblogging dengan penuh semangat macam dulu

Semua orang tak dapat nak link kan blog baru aku

Waaaaa..aku tak tau napa..maybe setting di blog aku gak nie aku rasa

Nanti nantilah aku godek senggodek..sekarang aku masih BIZI kemain mengalahkan bos besar di syarikat antarabangsa

Ni pun kemain semangat aku datang rumah jiran aku semata mata nak update blog.mujur jiran aku nie sporting dan dah macam adik beradik dah..hahaha..

Hari nie seharian aku penat lagi...

Dok menyiapkan craft bag aku yang tertangguh tue..ada 300 keping lagi untuk ditebuk dan dipotong riben..huish~sangatlah penat

tak dapat aku bayangkan kalau seminggu nak kawen baru nak hegeh hegeh siapkan craft bag dan lain lain,sumpah aku akan jadi sesumpah dan dan tue jugak.hahaha

so untuk menyelamatkan keadaan,better aku buat awal awal..rumah aku yang cenonit dah macam kapal karam yang sikit lagi nak hancur.hahaha..over pulak :p

Penuh dengan barang barang kawen aku....dalam bilik aku tok sah cakap lah...dengan baju tak berlipat nak susun balik untuk persediaan berpraktikum nanti,dengan barang2 hantaran bersepah sana sini..

Huish~nie baru bulan 3,kalau bulan 6 nanti aku rasa dah tak nampak dah rumah aku..yang nampak barang2 kawen aku aja.haha

Jadi kesimpulannya,untuk doorgift yang bukan makanan bek lah korang siapkan awal awal..kalo idak mampos la..tak tdo malam korang hegeh hegeh nak siapkan..

Aku dah target,seminggu sebelum nak nikah,aku nak rileks dan nak p SPA sahaja..lenlain aku takmo buat sudah..aku nak jadi permaisuri raja seminggu tue...baru la bdan tak lemau letih nanti kan kan?

cukup setakat ini....len kali aku bebel lagi..

B2B,selamat menyervey dan siapkan pelan pelan apa apa yang patut okeh :)

Mrs Fahmi to be =>

Wednesday, February 17, 2010

Ke mana aku?

Kalau tak nama aku selalu ja terpampang di FB mahupun menjengah di blog kawan kawan lain

Tapi hari nie baru aku sempat menjengah dunia aku yang sebenar

Biasala bila dha balik kampung internet tak ada

So nie pun aku dengan muka tak malunya datang rumah jiran untuk berblogging dan check email dan FB

Aku nak update sikit tentang persiapan

-TQ tag semuanya dah ready
(jiran aku datang dengan penuh bersemangat menolong)

-Cratf bag dan doily paper semuanya dah done
(dah masukkan semua goodies yang nak diberi kepada tetamu dan penanggah yang bertungkus lumus buat kerja)

-kotak untuk VVIP dan VIP semuanya dah di tampal sticker dan reben telah di potong dengan dahsyatnya oleh aku dan mak aku

-Kotak chumil untuk letak kismis dah dibeli di pekan china
(satu kotak chumil berharga 8.5 sen sahaja)

-baju bertandang kaler hijau sudah dibooked
(tentiba terjumpa balik kawan kawan sepermainan dulu kerja di butik yang aku mekap time tunang dulu,dia kasi diskaun RM 200 sahaja dan mekap akad nikah hanya RM 80 sahaja)
--->punyalah aku hepi sampai tersenyum simpul sekarang ;p

-pelamin + meja makan + bilik pengantin + meja kek + walk away + kek 3 tingkat + mekap + baju sanding semua dah dibooked
(deposit akan diberi on next week)
--->aku sangat sangat bersyukur sebab benda nie paling penting untuk hari bahagia aku nanti.akhirnya aku terjumpa butik yang sangat marveles dan layanan TIP TOP dan insyallah aku akan rekomen kat B2B after wedding aku nanti ok
---->ini yang paling aku takuti tapi tue la orang cakap Allah knows the best for human being,semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi

Alhamdulillah...take a deep breath =>

Insyallah by Tuesday next week aku akan ke SPA memanjakan diri

4 jam rawatan hanya RM 135 (the cheapest rate here in kedah)

sponsored by habibi ya maulana..lega!

i'll update n put some pics here okay!

Till then *_*











Mrs Fahmi to be =>

Thursday, February 11, 2010

Teringin nak DIY

Aku dah lupa aku amek kat mana gambar nie.maaf

Chantik gila dan aku suka combination colors nie.macam mana eh kalau nak DIY sendiri,mampukah aku?sem nie aku amek KBKK,so macam banyak belajar pemikiran kretip tapi masalahnya konten nya aku tak sempat nak hayai,so macam tak bleh nak pikir macam mana nak DIY pelamin nie.hahaha

cedit to sher

Walla~heaven gila kalau dapat DIY pelamin macam nie.tapi aku tanak putih merah,nak change to pink putih dan bunga biru.walla!terus teringat teori howard gardner yang mempunyai 7 kecerdasan.miahahaha

yang nie pun aku tak ingat amek kat mana.sori sgt2

Let say kalau kita buat anggaran untuk pelamin DIY kan

Kerusi pengantin = RM 150
Kain = semeter mengikut adik aku Rm 2 so beli dalam 10 meter = Rm 20
Bunga-bungaan= RM 100
Pasu= RM 100
Block block = Rm 100 (tapi nak cari kat mana eh?)

TOTAL = Rm 500 la koman koman.AKu berkenan pelamin yang number 2.Setakat nie pelamin yang paling murah adalah RM 800.Let say if aku bajet dalam RM 600 la (keep RM 100 as an emergency) so aku akan jimat Rm 200 kat pelamin

So,apa pendapat korang???

Kalau DIY sendiri lebih puas hati dan memenuhi cita rasa dan kepuasan aku sendiri.

Ish!runsing sungguh den *_*

Mrs Fahmi to be =>

huh~

Tetiba mood berblog terus rasa macam suam suam kuku

Dah jadi malas nak excited macam dulu

Kalau dulu boleh dikatakan sehari dua atau tiga entry aku pukul canang

Tapi di blog baru nie rasa dah macam tak best

Tapi disebabkan aku sayang kawan kawan bloggers di alam maya ini,aku teruskan juga menulis di sini

Ramai juga rupanya yang jadi silent readers aku yang blog dulu

Siap email tanya lagi kenapa blog aku diprivate kan

Aku bukan suka suki menutup blog itu tetapi inilah yang dikatakan sebagai entry berjaga jaga

Ramai para bloggers yang tak dapat nak link kan blog aku yang baru nie

Jangan tanya aku kenapa tak leh nak link

Jawapan aku adalah TIDAK TAHU

hahaha

Serius aku dah godek macam mana ntah kat blog nie time sign up dulu dulu

Habis alignment blog lari

Tapi jangan risau,aku sentiasa akan terjah blog korang

Untuk tahu perkembangan korang,cewah!macam ala ala detektif gtu ;p

owh!esok merupakan hari terakhir aku di UPSI

So di rumah aku there is no internet connection

So kalau sekiranya blog aku bersawang penuh maknanya memang aku tak menjengah la dunia blog nie

Mungkin aku akan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan aku balik bercuti nanti

Sebabnya semua master plan akan dirombak semula

Kena well prepared dan diskas dengan parents aku sehingga ke akar umbi

Kena betul betul konfiden sebelum mengambil apa apa keputusan dan membuat apa apa keputusan demi menjayakan sebuah misi 5 Jun 2010

Doa doa kan aku semoga perjalanan pada hari tersebut berlangsung dengan jayanya

Kalau boleh,aku nak decorate sendiri pelamin + bilik pengantin dan meja pengantin

Diri ini rasa mampu nak buat sebab dalam minda dah tercetus idea berdasarkan dari pelbagai sumber rujukan di internet

Cuma kena revise balik bajet untuk buat sendiri atau nak hire orang

Balik nie misi servey menyervey akan bermula dengan rakusnya ;p

Semoga dipermudahkan urusan aku dan dada aku akan lapang setelah segalanya termetrai

Mudah mudahan kalau dah setel semua aku tidaklah nak fikir sangat sbb aku kena fokus untuk praktikum aku nanti.its too tough,penyelia aku agak schemata,so ini yang mengerikan aku.

ko ingat mudah nak jadi cikgu?haha.owh!sangat mencabar*_* tapi tak apa,aku shuka cabaran.haha

dah hilang idea aku nak taip apa lagi

Till then

Mrs Fahmi to be =>

Wednesday, February 10, 2010

The Last Moment Spent With my Beloved Friends

Heh~ketika saat aku menaip,aku baru sahaja pulang dari berjimba dari Tg Malim bersama rakan seperjuangan yang lain

Tadi siang aku telah selamat bermandi manda di KALUMPANG RESORT di mana best gilar...owh~selama aku dok dekat setahun di tg malim nie,baru aku tau di sini rupanya kalumpang.ku fikirkan kuih lompang.haha

Bila saat saat nak berpisah baru terasa nilai frenship yang utuh dan kekal dalam ingatan sampai bila bila

Lepas nie masing masing akan membawa haluan dan arah tuju masing masing!tiada lagi attend ke kuliah seperti biasa,tiada lagi assginment yang bertubi tubi menimpa dan selepas ini tugas itu makin berat dan penuh dengan cabaran

Menjadi cikgu pada zaman ini bukan benda yang mudah~frankly speaking it need lots of sacrifice and we need to be ready for any circumstances :)

owhhh..lupakan tentang tugas.let me tell you the story for the whole day that I spent with my buddies.

owh~terasa nilai persahabatan yang terlalu sukar digambarkan :)
Lepas aja exam tadi,terus kami zasss bermandi manda ke kalumpang.haha.
cikgu cikgi ini sangatlah sporting.I heart them so much

Lepas aja balik picnic tadi,kami plan lagi satu acara

Kami telah pergi karaoke dan melalak sebanyak 40 lagu.hahaha

Aku pada mulanya takut gak sbb ya la dah bertukar status kan sekarang,so macam susah la sikit.Tapi aku rasa habibi faham dan time aku tanya kengkonon mintak ijin,dia terus bagi green light!

Apa lagi aku,melompat kegirangan la sampai nyanyi lagu "memori daun pishangggg"hahaha

Aku suka bersahabat dengan mereka mereka yang suka bersahabat dan tahu menilai erti persahabatan

Kepada kawan kawanku yang disayangi sampai mati,ingatlah ukhwah yang terjalin antara kita adalah kerana Allah.Bertemu dan berpisah itu adalah adat dan manisnya persahabatan itu dengan berkaraoke dan bermandi manda bersama sama serta beronang ronang dengan pelbagai gaya!hahaha

NOKTAH *_*